MAKNA IKHLAS DAN KEPENTINGANNYA

Makna
• Ikhlas merupakan salah satu amal hati yang terletak pada permulaan amal-amal hati.
• Ikhlas adalah menghendaki keredaan Allah dengan suatu amal, membersihkannya dari segala tujuan individu, duniawi atau selainNya.
• Ikhlas merupakan salah satu daripada buah-buah tauhid yang sempurna kepada Allah iaitu mengutamakan ibadah dan isti’anah (memohon pertolongan) kepada Allah. (1:5)

Kepentingan
• Setiap amalan yang ikhlas merupakan bekalan akhirat.
• Imam Ghazali berkata “Dengan hujah iman yang nyata dan cahaya Al-Qur’an, orang-orang yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti akan binasa kecuali orang yang berilmu. Semua orang yang berilmu pasti binasa kecuali orang yang beramal. Semua orang ang beramal akan binasa kecuali yang ikhlas”
• Amal tanpa niat adalah sia-sia, niat tanpa ikhlas adalah riak, sama dengan munafik. (25:23)
• “ Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu. “Baginda memberi isyarat ke arah hati dengan jari-jari tangan dan berkat, “Takwa itu terletak di sini”. Dan baginda memberi isyarat ke arah dadanya tiga kali.” (HR Muslim)
• Ikhlas diperlukan untuk mengurus kehidupan. Ikhlas menyatukan kehidupan orang Islam dan menjadikan semua sisinya hanya untuk Allah.

dapatkan bukunye di :

Judul : Konsep niat & ikhlas menurut Islam.
Judul asli : Fi Al-Tariq Ilallah, An-Niyyah wal Ikhlas.
Pengarang : Dr. Yusuf Al-Qardhawy.
Penterjemah : Kathur Suhardi.
Cetakan : Cetakan Pertama (2004)
Penerbit : Pustaka Syuhada, No 1074(6), Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur.
Bil muka surat: 234 muka surat.

muslimadina

0 Responses to "MAKNA IKHLAS DAN KEPENTINGANNYA"

Posting Komentar